Sampai Begini??

Posted by Brader Az On Monday 25 February 2013 0 comments

selami masa kini dengan dunia sudah kembali tegang dengan menunggu menjelang nanti PRU13. macam sudah berlaku. gua membaca ia sebagai satu alat mengalih pandangan kepada sesuatu. mungkin kerana masa itu penting, anjakan secara drastik dilakukan sehingga elemen-elemen tententu digariskan terlebih dahulu dan diteliti sehingga objektifnya jelas tidak memberikan impak kepada golongan minda kelas pertama.

cuba anda tengok gambar ini:

lu tengok, lu baca, lu fikir secara matang

 

selingan, cuba tengok video ni. nak detail, search internet la sendiri.

READ MORE

Bingkisan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat Kepada Mufti Perak

Posted by Brader Az On Sunday 24 February 2013 1 comments

hari ini kita dikejutkan dengan perkhabaran atau berita berkenaan Mufti Perak iaitu Tan Sri Harussani Zakari yang mana beliau telah mengemukakan kenyataan bahawa sikap pemimpin PAS lebih buruk daripada orang kafir kerana tidak setuju dengan pelbagai dasar dan usaha kerajaan memajukan rakyat.

Katanya, sikap ‘berpatah arang berkerat rotan’ PAS itu bercanggah dengan ajaran Islam sebenar.

Jangan berprasangka buruk

ia mempolekmikkan berita ini sehingga media-media massa memuatkan di laman sesawang dan sebagai, dan orang ramai mengetahuinya. berita ini hangat dipaparkan pada alat media dari berita harian. rujuk disini sekiranya ingin lebih lanjut berita ini.

secebis petikan dari berita harian online:

Beliau berkata, Islam mengajar kaedah berpolitik yang selari dengan tuntutan agama dengan mewajibkan umatnya mentaati pemerintah yang dipilih rakyat tanpa menyimpan prasangka buruk.
“Jangan sesekali menyimpan prasangka buruk terhadap kebaikan yang dilakukan oleh kerajaan kerana itu mendekatkan kita kepada perasaan hasad dengki.
“Tindakan PAS yang sering menolak kebaikan dibuat Kerajaan lebih buruk daripada sifat orang kafir. Sepatutnya mereka menunjukkan akhlak yang baik,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Beliau mengulas kenyataan terbaru Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang yang menyifatkan penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) golongan bodoh.
Sebelum ini, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, menyamakan BR1M seperti memberi hampas kelapa dan padi serta jerami kepada ayam serta lembu.
Sambil menyifatkan tindakan mereka keterlaluan, Harussani berkata, rakyat akan menilai akhlak pemimpin PAS.

dan setakat itulah bagi pihak beliau, sekarang pula kita dengan dari ulasan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat di kenyataan yang dipost di facebook beliau: BUKTI!!

Agak kecewa saya membaca kenyataan Mufti Perak, Sohibus Samahah Tan Sri Harussani Zakaria yang disiarkan oleh akhbar Berita Harian hari ini 24 Februari 2013 di muka hadapan. Mengikut laporan tersebut, beliau menyatakan bahawa sikap PAS lebih teruk dari kafir kerana tidak setuju dengan pelbagai dasar dan usaha kerajaan memajukan rakyat.

Saya mengira kenyataan ini sangat berat apatah lagi jika ia keluar dari mulut seorang mufti yang sepatutnya bersikap neutral dan tidak berpihak dalam pertembungan parti-parti politik. Jika ia hanya satu manipulasi media, satu penafian perlu dibuat dengan segera. Tetapi melihat kepada rekod sebelum ini di mana belum pernah kedengaran sebarang penafian dibuat terhadap laporan akhbar mengenai kenyataannya, saya kira kenyataan itu benar-benar keluar dari mulut beliau. 

Saya pohon kepada Mufti Perak, agar berhati-hati di dalam membuat ulasan. Hari ini maklumat boleh diakses dengan mudah, sebarang ulasan berkenaan kenyataan saya dan pemimpin PAS yang lain khususnya eloklah dirujuk kepada sumbernya yang sahih. Rakaman ucapan saya yang didakwa menyifatkan penerima bantuan sebagai 'haiwan' juga sudah disiarkan dengan meluas, mustahil pejabat mufti Perak berhalangan untuk mendapatkannya. 

Adakah dalam rakaman tersebut saya menyifatkan penerima bantuan sebagai haiwan? Tentu sekali tidak. Bahkan saya selama ini menggalakkan rakyat Kelantan yang layak menerima bantuan untuk beramai-ramai mengambil bantuan yang diberikan. Ini kerana wang yang diberikan tentu sekali bukan wang UMNO/Barisan Nasional tetapi wang kerajaan dan milik rakyat. Namun mengambil kesempatan daripada majlis pembahagian bantuan seperti ini untuk menyampaikan dakyah ideologi kepartian ialah satu perbuatan yang terkutuk. 

PAS juga dituduh berkerat rotan dengan UMNO. Kenyataan begini sebenarnya berpunca daripada jahil sejarah. Rujuklah sejarah politik negara, bukankah PAS pernah menyertai Barisan Nasional? Apabila PAS berada dalam Barisan Nasional, UMNO pula mengambil pendirian untuk menendang PAS keluar kerana 'cemburu buta'. Saya ingin ulangi, bukan PAS yang keluar daripada Barisan Nasional tetapi UMNO yang membuat ketetapan untuk menendang PAS keluar. Inilah yang termaktub di dalam ucapan Allahyarham Tun Hussein Onn pada 9 Disember 1977. 

Justeru, Tan Sri Mufti Perak wajar berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan. Jika perkataan sebegini keluar dari mulut saya, agaknya berbulan-bulan ia akan diratib tanpa henti oleh media massa. Pesan saya kepada Tan Sri Mufti Perak, janganlah melampau-lampau sangat menunjukkan sokongan kepada UMNO/Barisan Nasional. Jika ditakdirkan nanti UMNO tersemban dalam pilihanraya, saya bimbang ada individu yang mencari makan dengan UMNO terkial-kial kelemasan mencari pelampung!

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Kuala Lumpur. 
13 Rabiul Akhir 1434H bersamaan 24 Februari 2013M

keratan akhbar berita harian 24/2/2013

READ MORE

Pas Semakin Kuat?

Posted by Brader Az On 0 comments

PAS kini sedia mengatasi Umno - Raja Nazrin

Harakahdaily, 
24 Feb 2013
KUALA LUMPUR: Pemangku Raja Perak, Tuanku Raja Nazrin Shah bertitah, PAS kini berada dalam satu tahap keyakinan diri yang amat tinggi akan kekuatan politiknya. 

PAS kini mempercayai pengaruh parti tersebut tidak lagi terbatas di kalangan Melayu tetapi yakin bahawa perjuangan mereka semakin difahami oleh bukan Melayu. 

"PAS kini berada dalam psyche pemikiran bahawa kekuatan dari segi gerakan politiknya telah mengatasi UMNO, malah menganggap bahawa secara relatif, kekuatan politik UMNO semakin rapuh kerana UMNO telah terlalu lama selesa bergantung pada jentera dan sumber kerajaan. 

"Suara PAS menyentuh isu urus tadbir negara secara telus, memerangi rasuah, sistem kehakiman yang bebas lagi adil, penguatkuasaan undang-undang secara saksama, membasmi kemiskinan, menangani keruntuhan moral dan jenayah, masalah kos sara hidup yang tinggi, adalah isu-isu popular yang memberikan kelebihan retorik untuk digunakan oleh PAS sebagai senjata ofensif menyerang lawan," titah Raza Nazrin.

Baginda bertitah demikian dalam Wacana Perpaduan Ummah anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka pada 19 Februari lepas bertajuk “Perpaduan ummah; harapan, realiti dan cabaran". Harakahdaily diberikan ucapan penuh baginda. Ia akan disiarkan selepas ini.

PAS, titah baginda, telah melalui pahit maung perjuangan, era jatuh dan bangun.
"Bermula dari sebuah organisasi, terdiri dari kumpulan ulama di dalam UMNO, kemudiannya keluar dari UMNO, memilih untuk mewujudkan entiti politik sendiri," titahnya.

PAS telah melakukan pelbagai anjakan untuk kelangsungan perjuangan dan menerokai pelbagai titik perimbangan untuk mengembangkan pengaruh. 

"Dari organisasi yang amat daif, menumpang ihsan berteduh di bawah bumbung madrasah milik ulama UMNO, dengan berbekalkan mesin taip buruk, PAS hari ini telah muncul sebagai kabilah politik yang menguasai pelbagai teknologi komunikasi moden, di dokong bukan lagi oleh tok guru dan lebai kampung, tetapi oleh barisan profesional dan teknokrat dari pelbagai lapisan dengan pemikiran semakin terbuka, berdaya usahawan tinggi, mengikhtiarkan sumber rezeki secara berdikari," titahnya.

Bagi menyahut cabaran ummah, baginda membuat lima cadangan.

Pertama: Tidak salah untuk bangsa berada dalam pelbagai kabilah asalkan bangsa mencapai kata sepakat, bersatu pendirian, mempertahan, melindungi dan mengurus perkara-perkara menyentuh hak, maruah serta martabat bangsa Melayu dan Agama Islam, yang sama sekali tidak harus dikompromikan. Bagi usaha meraih sokongan politik bukan lesen membolehkan status bangsa digadaikan, titah baginda. 

Kedua: Ummah wajib disedarkan bahawa mereka sudah terlalu lama selesa sebagai penduduk majoriti, sudah terlalu lama selesa bersandarkan kekuatan politik, sudah terlalu lama selesa dinaungi kerajaan; hingga ummah tidak lagi memiliki pertubuhan yang bebas lagi berkecuali, secara berani lagi tegas lantang menyuarakan tuntutan ummah. 

Ketiga: Badan Kehakiman, perkhidmatan awam, pasukan keselamatan hendaklah mengamalkan budaya profesionalisme yang tidak partisan, menyempurnakan tugas secara amanah, adil dan saksama, berpaksikan undang-undang dan peraturan; tegas menegakkan kebenaran – cekal menentang kemungkaran, tidak bersekongkol merestui berlakunya penyelewengan terutama dalam mengurus khazanah, sumber kekayaan dan sumber kewangan negara.

Keempat: meningkatkan kegiatan keilmuan dan menambah komponen pengetahuan di kalangan ummah terutama dari segi penghayatan dan amal, agar ummah memiliki iman yang kukuh, yakin berpegang bahawa rezeki, jawatan, pangkat dan kuasa datangnya dari ILAHI, lantas tidak gentar menyuarakan nasihat yang betul dan tidak goyah menyampaikan fakta yang benar, meskipun berhadapan dengan jeneral yang bengis atau menteri yang berkuasa.

Kelima: Memahami dan mendalami konsep federalisme berasaskan Perkara 73 hingga 95E Perlembagaan Persekutuan. Sifat kesetiaan kepada Raja hendaklah dicerminkan melalui sifat kesetiaan menyempurnakan tugas kepada Kerajaan yang telah diperkenankan penubuhannya, kata baginda.

READ MORE

lawak pagi ahad #1

Posted by Brader Az On 0 comments

 

petikan komen dari salah seorang pengomen di Facebook:

 

MASIH RAMAI YANG KELIRU DAN TIDAK MEMAHAMI

PENJAWAT AWAM bukan bekerja untuk parti dan gaji yang mereka terima bukan dari duit parti UMNO. Gaji PENJAWAT AWAM dibayar daripada hasil negara.


PENJAWAT AWAM bukan bekerja dengan syarikat kepunyaan parti politik. Tidak cerdik menuduh mereka pembelot jika menyokong pembangkang, apatahlagi meminta mereka berhenti.

 

p/s: gua gelak bernada sinis, fahami konsepnya sebelum ketengahkan. adakah anda sedemikian atau sebaliknya?

READ MORE

Positif dalam diri

Posted by Brader Az On 2 comments

kadang kala tidak paham kehendak individu yang mempunyai satu persepsi yang mana tidak selari dengannya, maka tomahan dilepaskan sebagaimana kehendak turut hatinya, akan tetapi kewajaran terhadap sesuatu adalah seharusnya dinilaikan terlebih dahulu demi kesejahteraan disekeliling. gua menyatakan perkara ini bukan kosong tiada matlamat tapi terguris di nurani apabila tertengok dan terbaca satu ruang komen yang sudah di print skrin kan dan dipaparkan di wall  Facebook. gua nak jimat masa penaipan, jom terjah gambar dibawah:

 

adam corrie

 

sepatutnya apabila ada penghijrahan dari saudara-saudara kita, maka kita adalah penugas yang sewajibnya menyokong dan membantu golongan ini untuk terus bersemangat didalam hijrahan mereka kerana golongan ini kebiasaan mudah lemah semangat kerana mereka tidak mendapatkan kekuatan yang dapat membangunkan diri mereka didalam proses penghijrahan. tetapi itu tidak semua, mungkin ada yang sebaliknya. alhamdulillah.

 

apa yang tertera diatas(komen) adalah amat mengecewakan kerana ia bukan membantu atau menyokong malah memberi satu ejekan yang mana ia boleh memhasilkan satu natijah yang tidak elok pada agama islam.

 

dan gua amat kecewalah dengan apa yang dinyatakan di ruang komen diatas itu. dan bagaimanakan pendapat anda pula? renungkan.

READ MORE

10 Golongan Manusia Diusir Dari Padang Mahsyar

Posted by Brader Az On Tuesday 1 January 2013 0 comments

muhasabah diri adalah perkara yang sinonimnya dengan perkhabaran diri kita yang sebenar dengan keadaan. jadi disamping berblogging sana-sini, meh sini kita mencuba bermuhasabah diri dengan apa yang ingin gua paparkan di isi kandungan kali ini.

 

apa salahnya luang masa sedikit demi kesejahteraan duniawi dan ukhrawi, kita hanya musafir dan musafir itu bersifat tidak lama.

 

 

dengan informasi sebegini, dapatlah jua memberi sedikit sekurangnya keinsafan yang mana mungkin kita selama ini terleka dengan kehidupan dunia, walaupun itu memang realiti sifat manusia tidak sempurna tapi perbaiki harus dilakukan masa ke semasa, tidak kiralah siapa kita, pangkat tinggi atau rendah, semua menuju ke satu tempat yang sama.

READ MORE